SIAPAKAH KAMI ?

GIVING FROM THE HEART” – Adalah motto kami! Sertai Misi Bantuan Kemanusiaan kami di Yayasan Tan Sri Muhyiddin Charity Golf (TSMCGF) dan berinfaqlah terutamanya pada bulan Ramadhan ini.

Setiap sumbangan anda akan kami salurkan kepada mereka yang memerlukan terutamanya Rumah Anak-anak Yatim, Sekolah-sekolah Tahfiz, golongan Asnaf, ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU), surau dan masjid.

Kita juga mungkin tidak mampu untuk menghafal seluruh Juzuk Al-Quran, namun kita mampu bersedekah serendah RM10.00 sebagai wakaf kepada mereka yang menggunakannya.

Wakaf seperti: Quran, pakaian solat (telekung) dan sejadah yang bakal diagihkan kepada sekolah-sekolah tahfiz, rumah kebajikan anak-anak yatim serta masjid dan surau yang terpilih bagi kegunaan mereka pada bulan Ramadan dan seterusnya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Jika mati seorang manusia itu akan terputuslah catatan amalannya melainkan tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan baginya kebaikan. (Hadis riwayat Imam Muslim – 1631).

 Imam Nawawi menjelaskan, sedekah jariah itu bermaksud wakaf. (Rujuk Syarh Muslim – 11/85)

Ibadah Wakaf ini juga boleh diniat untuk:
Diri sendiri, pasangan dan ahli keluarga Ibu bapa yang masih hidup atau sudah tiada
Ikhtiar sembuhkan penyakit Ikhtiar mendapatkan zuriat
Ikhtiar menjemput rezeki Dan lain-lain niat dan Ikhtiar

*Pengecualian cukai LHDN akan diberikan kepada mana-mana individu atau syarikat korporat untuk sumbangan sebanyak RM 5,000 keatas.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Kami di Yayasan Tan Sri Muhyiddin Charity Golf berterima kasih atas sumbangan anda dan mendoakan agar penderma/pewakaf sentiasa dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat. Insya-Allah.

“Giving from the heart”

“Charity without borders”

Ikuti kami di laman sosial:

Untuk sebarang maklum balas:

03-7932 2039 / 017-363 7097