Australia Classic

Home/Australia Classic

COVID-19 Status Alert

Please take note that our event is subject to approval from MKN and the current number of cases in that particular area.

Loading Events
This event has passed.

Syukur kepada Allah s.w.t, Tan Sri Muhyiddin Charity Golf sekali lagi dapat menganjurkan TSMCG Perth Classic 2014 sempena lawatan YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia dan Pengasas Tan Sri Muhyiddin Charity Golf ke Perth. Selain dari bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama rakyat Malaysia lawatan ini juga dijangka akan mendekatkan lagi hubungan pemimpin negara dan rakyat Malaysia khususnya yang berada di Perth.

 

Tahun 2014 telah menyaksikan perubahan pucuk pimpinan di Tan Sri Muhyiddin Charity Golf (TSMCG). Selari dengan visi yang telah digariskan oleh Pengasas, TSMCG secara berterusan akan terus mengorak langkah ke hadapan dengan meneruskan dan menambah program-program kebajikan berimpak tinggi secara berhemat agar natijahnya menepati sasaran. Sehubungan dengan itu, usaha-usaha sedang digembeling secara bersepadu untuk memastikan sumber pendapatan TSMCG dipelbagaikan secara jangka panjang untuk masa depan yang mampan.

Contact Info

5.003, Block J, The School, Jaya One, 72A, Jalan Prof Diraja Ungku Aziz, Seksyen 13, 46200, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Phone: 03-7932 2039

Web: www.tsmcharitygolf.com.my