sumbang sekarang

SIAPAKAH KAMI ?

“GIVING FROM THE HEART” – Adalah motto kami! Sertai Misi Bantuan Kemanusiaan kami di Yayasan Tan Sri Muhyiddin Charity Golf (TSMCGF) dan berinfaqlah untuk membantu golongan yang memerlukan.

Setiap sumbangan anda akan kami salurkan kepada mereka yang memerlukan terutamanya Rumah Anak-anak Yatim, Sekolah-sekolah Tahfiz, golongan Asnaf, ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU), surau dan masjid.

Kita juga mungkin tidak mampu untuk menghafal seluruh Juzuk Al-Quran, namun kita mampu bersedekah semampunya sebagai wakaf kepada mereka yang menggunakannya.

Wakaf seperti: Quran, pakaian solat (telekung) dan sejadah yang bakal diagihkan kepada sekolah-sekolah tahfiz, rumah kebajikan anak-anak yatim serta masjid dan surau yang terpilih bagi kegunaan mereka sepanjang tahun.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud

Jika mati seorang manusia itu akan terputuslah catatan amalannya melainkan tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan baginya kebaikan. (Hadis riwayat Imam Muslim – 1631).

Imam Nawawi menjelaskan, sedekah jariah itu bermaksud wakaf. (Rujuk Syarh Muslim – 11/85)

Misi Bantuan Kemanusian juga menjadi salah satu kerja amal yang dilakukan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat bencana alam seperti banjir kilat, kebakaran, tanah runtuh, dan sebagainya. Lebih daripada 150,000 kotak bantuan makanan dan barangan keperluan asas telah diagihkan oleh Humanitarian Relief Team Yayasan Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada setiap keluarga, golongan B40 mahupun individu yang terjejas sejak berlakunya pandemik Covid-19 pada tahun 2020 sehingga sekarang. 

Lebih daripada 50,000 barangan hygiene-pack juga telah diagihkan secara berperingkat kepada mangsa-mangsa bencana banjir yang melanda diseluruh negara baru-baru ini. 

Saban tahun kami telah berkembang dengan aktiviti amal kebajikan yang lain. Antaranya, kempen tahunan derma darah “Blood Donation Drive” dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) dengan tujuan untuk membantu menambah bekalan tabung Darah Negara.

Selain itu, TSMCG juga telah berjaya menubuhkan Pusat Dialisis bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan dialisis.
Cawangan Tan Sri Muhyiddin Charity Dialysis Centre yang terletak di Titiwangsa, Kuala Lumpur telah beroperasi sepenuhnya sejak 2010.

Sebuah lagi pusat dialysis baru telah dibuka secara rasmi di Pagoh, Johor pada bulan March 2023.