TSMCG serah RM400,000 bantu mangsa banjir
KUALA LUMPUR – Yayasan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMCG) hari ini menyerahkan bantuan sebanyak RM400,000 kepada Pertubuhan Mercy Malaysia (MERCY) dan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) bagi tujuan menggerakkan program sukarelawan membantu mangsa banjir.
Penyerahan disempurnakan Pengasas TSMCG, yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.