Projek golf untuk generasi muda
SHAH ALAM 18 May- TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Projek Golf Tunas Bestari, inisiatif TSM Charity Golf, khusus untuk memberi peluang kepada generasi muda kurang berkemampuan mengasah bakat dalam sukan itu.
Muhyiddin yang juga penaung TSM Charity Golf berkata, menerusi projek itu, mereka yang berminat dan mempunyai bakat dalam sukan berkenaan tidak perlu mengeluarkan belanja untuk menyertai sukan berkenaan yang dianggap sebagai sukan mahal. Read more →